Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Analisis Kakak Hilang


Pada malam hari kakak hilang tu, aku susah nak tidur. Aku hanya memerap dan mengasingkan diri dalam bilik. Menangis. Trauma. Bercampur baur perasaan masa tu. Sampai sakit sangat kepala. Berdenyut denyut. Dari dalam bilik aku terdengar ketawa kakak bermain dengan adik. Bersyukur kepada-Nya kerana memberi aku peluang lagi untuk mendengar gelak ketawa kakak bersama adik. Aku betul-betul tak tahu nak terangkan perasaan aku macam mana ketika tu. aku hanya fikirkan 'kalaulah aku tak jumpa anak aku siang tadi' atau 'kalaulah betul anak aku antara anak malang yang diculik dan diperkosa seperti yang pernah berlaku di negara kita sebelum ini' Aku tak berhenti berdoa kepada Allah SWT. Aku tak sanggup ia berlaku sekali lagi pada masa hadapan. Jauhkanlah kami dari segala bencana. Sekali sekala kakak masuk ke bilik menjengukku. "Mak tidur ke" Ya.. Allah.. luruh jantung aku mendengar sapaan kakak. Sungguh tak ternilainya anugerah Allah ini. Anugerah yang selama ini aku hanya anggap sebagai 'biasa' sama seperti orang lain yang mempunyai anak juga. Baru sekarang aku bertambah sedar dan semakin insaf. Anak anugerah tuhan ini memang tak ada tandingan. Biar kita hilang jutaan ringgit, tapi kalau kehilangan anak, aku pasti tak akan mampu meneruskan hidup lagi.

Aku memanggil kakak datang ke pangkuan. Kakak melompat ke arahku. Memang manja. Adik pun terikut perangainya. "Mak" kakak memandangku. "Kenapa mak nangis ni" Aku mengusap kepalanya. Berpeluh-peluh. Kakak memang tak pernah berpisah dengan peluh. Aku cium kepalanya. "Adik mana?" "Aaa.. adik dalam bilik opah ngan atok.. main" "Ooo..yeke" Tiba-tiba kepala aku yang berat tadi terasa ringan semula. Keceriaan kakak memang buat orang tak kering gusi.


Aku mula berbual dengan kakak.


Kakak.. mak nak tanye kakak ni.

Tanye ape.

Siang tadi masa kakak hilang tu. Macam mana kakak terjumpa dengan akak yang pakai tudung tu? Kakak cakap ape. Akak tu pulak cakap ape.

Kakak cari mak. Tapi tak jumpa. Kakak tanya akak tu "akak.. mak saya hilang la" pastu akak tu kata "ape dik? mak hilang?"

Sian anak mak. Kakak tau tak mak cari kakak sana sini tau. Kakak yang pandai-pandai keluar dari kedai tu la. Bukan mak tinggalkan anak mak tau. Lain kali kalau tak nampak mak ngan ayah, kakak panggil la kuat-kuat, kan mak dah pesan dulu.

Kakak nangis kuat-kuat. Pastu akak tu tanya kakak "Nama mak sape?" pastu kakak cakap "Nama mak rina aswatttt...huwaaa..!!"

Lor yeke.. Lagi akak tu tanya apa?

Akak tu tanya "Mak pakai baju warna ape?" kakak cakap "pinkkk... huwaaa...!!"

Pandai kakak ingat warna baju mak. Lagi? Lepas tu? Akak tu tanya ape lagi?

"Mak pakai seluar warna ape?" kakak cakap "warna hitammm.. huwaaa..!!" Masa tu ada abang tu nak bagi kakak gula-gula. Kakak tak nak. Abang tu pakwe akak tu kot. Pastu akak tu marah abang tu "jangan kacau dia.. jangan kacau dia"


Rupa-rupanya masa aku nak bagitau pada suami yang harga kain kat situ mahal tu, masa tu lah kakak keluar sendirian dari kedai tu, bila dia sedar kelibat mak ngan ayahnya tak ada. Padahal kami ada disebalik gantungan kain. Memang ralat rasanya. Tak terfikir aku yang kakak tak akan nampak aku kalau aku berdiri di celah kain dan gaju yang tergantung sama tinggi dengan aku tu. Aku mula terbayangkan keadaaan kakak yang mencari-cari kami dengan muka kerisauan. Betapa nekadnya dia mencari kami sampai ke kedai paling hujung tu. Dengan orang ramainya masa tu. Syukurlah Allah temukan kakak dengan manusia yang berhati mulia. Yang sanggup keluar dari tempatnya bekerja dan memimpin tangan anak aku untuk mencari kami.

0 comments:

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

~ search this blog ~