Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Congo Bar - Bandar Sri Damansara

Congo Bar ... walaupun dah macam outdated tapi masih menambat hati ramai pelanggan.. ada yang mintak quotation utk dibuat doorgift.. wah teruje kejap sebab nak mengira harga yang terbaik dan terhebat semestinya buat kastemer tercinte yaw.... Congo Bar dari Rina Tasty Treats tak akan mengecewakan u allsss.... very the tasty and trusted!!

Whatsapp: 012 350 2067

Facebook Page:  Rina Tasty Treats

Instagram: @rinatastytreats






Chewy Gooey Choc Brownies - Bandar Sri Damansara


crust on top ~ chewy inside

Alami sensasi mengunyah brownies yg rangup di permukaan dan chewy gooey di dalam. Yang dah pernah rasa, mesti tak cukup. Repeat order. Repeat order. Moh cepat order dengan Rina Tasty Treats. Poslaju akan dibuat setiap Isnin dan Rabu sahaja. 

Whatsapp for details 
012 350 2067






CHEESEKUT - COD Area : Bandar Sri Damansara


Anda penggemar cheese?

Ini antara desert terbaik. Lapisan biskut mewah dan cheese yang tidak keterlaluan dengan rasa yang sangat sedap, dibuat dengan topping menarik seperti nestum, milo, nestumilo, blueberry, strawberry, kiwi, coklat, oreo, chocpeanut dan topping terbaru iaitu Walnut Butterscotch juga akan dibuka untuk tempahan. Ramai yang jatuh cinta dan repeat order.. sekali rasa mesti nak lagi.. tak percaya try la sekali.. 


Harga : Dari RM5 hingga RM40



call/sms/whatsapp/wechat :
1. 013-2124997 (Nona) untuk COD area Slim River, Behrang dan Tg Malim.
2. 012-3502067 (Rina) untuk COD area Bandar Sri Damansara, Damansara Damai, Sg Buloh, Kepong, Menjalara, Segambut, Selayang, PJ, Kelana Jaya, Kota Damansara.
3. 019-4243273 (Anilah) untuk COD area Rawang


Instagram : 
@rinatastytreats

Facebook Page : 
Rina Tasty Treats


Chesekut Oreo


Cheesekut Walnut Butterscotch


Cheesekut Blueberry


Kek Cheesekut - Milonestum


Cheesekut Miloreo


Cheesekut Coklat & Chocpeanut


Kek Cheesekut - Oreo



Analisis Kakak Hilang


Pada malam hari kakak hilang tu, aku susah nak tidur. Aku hanya memerap dan mengasingkan diri dalam bilik. Menangis. Trauma. Bercampur baur perasaan masa tu. Sampai sakit sangat kepala. Berdenyut denyut. Dari dalam bilik aku terdengar ketawa kakak bermain dengan adik. Bersyukur kepada-Nya kerana memberi aku peluang lagi untuk mendengar gelak ketawa kakak bersama adik. Aku betul-betul tak tahu nak terangkan perasaan aku macam mana ketika tu. aku hanya fikirkan 'kalaulah aku tak jumpa anak aku siang tadi' atau 'kalaulah betul anak aku antara anak malang yang diculik dan diperkosa seperti yang pernah berlaku di negara kita sebelum ini' Aku tak berhenti berdoa kepada Allah SWT. Aku tak sanggup ia berlaku sekali lagi pada masa hadapan. Jauhkanlah kami dari segala bencana. Sekali sekala kakak masuk ke bilik menjengukku. "Mak tidur ke" Ya.. Allah.. luruh jantung aku mendengar sapaan kakak. Sungguh tak ternilainya anugerah Allah ini. Anugerah yang selama ini aku hanya anggap sebagai 'biasa' sama seperti orang lain yang mempunyai anak juga. Baru sekarang aku bertambah sedar dan semakin insaf. Anak anugerah tuhan ini memang tak ada tandingan. Biar kita hilang jutaan ringgit, tapi kalau kehilangan anak, aku pasti tak akan mampu meneruskan hidup lagi.

Aku memanggil kakak datang ke pangkuan. Kakak melompat ke arahku. Memang manja. Adik pun terikut perangainya. "Mak" kakak memandangku. "Kenapa mak nangis ni" Aku mengusap kepalanya. Berpeluh-peluh. Kakak memang tak pernah berpisah dengan peluh. Aku cium kepalanya. "Adik mana?" "Aaa.. adik dalam bilik opah ngan atok.. main" "Ooo..yeke" Tiba-tiba kepala aku yang berat tadi terasa ringan semula. Keceriaan kakak memang buat orang tak kering gusi.


Aku mula berbual dengan kakak.


Kakak.. mak nak tanye kakak ni.

Tanye ape.

Siang tadi masa kakak hilang tu. Macam mana kakak terjumpa dengan akak yang pakai tudung tu? Kakak cakap ape. Akak tu pulak cakap ape.

Kakak cari mak. Tapi tak jumpa. Kakak tanya akak tu "akak.. mak saya hilang la" pastu akak tu kata "ape dik? mak hilang?"

Sian anak mak. Kakak tau tak mak cari kakak sana sini tau. Kakak yang pandai-pandai keluar dari kedai tu la. Bukan mak tinggalkan anak mak tau. Lain kali kalau tak nampak mak ngan ayah, kakak panggil la kuat-kuat, kan mak dah pesan dulu.

Kakak nangis kuat-kuat. Pastu akak tu tanya kakak "Nama mak sape?" pastu kakak cakap "Nama mak rina aswatttt...huwaaa..!!"

Lor yeke.. Lagi akak tu tanya apa?

Akak tu tanya "Mak pakai baju warna ape?" kakak cakap "pinkkk... huwaaa...!!"

Pandai kakak ingat warna baju mak. Lagi? Lepas tu? Akak tu tanya ape lagi?

"Mak pakai seluar warna ape?" kakak cakap "warna hitammm.. huwaaa..!!" Masa tu ada abang tu nak bagi kakak gula-gula. Kakak tak nak. Abang tu pakwe akak tu kot. Pastu akak tu marah abang tu "jangan kacau dia.. jangan kacau dia"


Rupa-rupanya masa aku nak bagitau pada suami yang harga kain kat situ mahal tu, masa tu lah kakak keluar sendirian dari kedai tu, bila dia sedar kelibat mak ngan ayahnya tak ada. Padahal kami ada disebalik gantungan kain. Memang ralat rasanya. Tak terfikir aku yang kakak tak akan nampak aku kalau aku berdiri di celah kain dan gaju yang tergantung sama tinggi dengan aku tu. Aku mula terbayangkan keadaaan kakak yang mencari-cari kami dengan muka kerisauan. Betapa nekadnya dia mencari kami sampai ke kedai paling hujung tu. Dengan orang ramainya masa tu. Syukurlah Allah temukan kakak dengan manusia yang berhati mulia. Yang sanggup keluar dari tempatnya bekerja dan memimpin tangan anak aku untuk mencari kami.

Cara Memasak Sambal Sotong


BAHAN-BAHANNYA :
1. Sotong (Bukan sotong besar tu. Tapi sotong yang kecil ye) - anggaran 20 ekor
2. Cili kering - 20-25 biji (bergantung pada ketahanan mental dan fizikal anda) (dikisar)
3. Bawang besar - 1-2 biji (dikisar)
4. Ketumbar - sikit (dikisar)
5. Cili merah untuk hiasan - 1 biji (potong ikut suka, bergantung pada jenis bunga kegemaran)
6. Bawang besar untuk hiasan - 1 biji (pilih yang bulat sebab nak potong bulat macam gelang tu)
7. Sos Cili - 1 sudu
8. Garam dan perasa.

CARA MEMASAKNYA :
1. Potong sotong seperti bentuk cincin. Sebelum tu kene buang baju dia dulu.
2. Goreng sotong dengan api yang sederhana. Jangan lama sangat. Pastu ketepikan.
3. Selepas angkat sotong, jangan bazir minyak, gunakan minyak yang sama terus je masukkan bahan yang dikisar tu iaitu cili kering, bawang besar dan ketumbar.
4. Masukkan sos cili.
5. Tunggu sampai pecah minyak, pastu masukkan hiasan.
6. Akhir sekali, masukkan sotong. Sotong pun tak sabar nak masuk. Tunggu dalam 2-3 minit pastu baru angkat.
7. Senang je kan? Ni makan dengan sawi goreng pun sedap gak ni. Yummyyyy!!!

S E L A M A T M E N C U B A

Cara Memasak Ayam Halia Bersantan



BAHAN-BAHANNYA :
1. Ayam - setengah ekor
2. Kentang - 4 biji (di potong dua atau empat, tengok saiz)
3. Bawang besar - 3 biji (pilih yang bulat sebab nak potong bulat macam gelang tu)
4. Bawang putih - 2 ulas (hiris nipis)
5. Halia - seketul besar (dihiris halus.. lagi banyak lagi bagus, lagipun pakai nama dia kan..)
6. Ketumbar - sikit (tumbuk halus)
7. Cili padi - 10 biji di belah dua (jumlah cili bergantung pada ketahanan diri)
8. Cili merah - 2 biji (dihiris halus, atau sukati nak buat bentuk ape sbb untuk hiasan sahaja)
9. Santan kelapa - 1 kotak (tak kisah la brand ape, semua pun dari pokok kelapa jugak)
10. Garam dan perasa.
CARA MEMASAKNYA :
1. Goreng ayam dengan api yang sederhana.. supaya isinya lembut. Nak goreng ayam memang memerlukan kesabaran yang tinggi.. dan kalau boleh senyum lah semasa menunggu ayam tu masak. Lepas tu ketepikan dulu.
2. Sambil menggoreng ayam, rebus kentang sampai empuk. Kemudian angkat. Ketepikan.
3. Gunakan minyak yang kita goreng ayam tadi, masukkan halia, bawang putih dan ketumbar. Jangan terpesona dengan baunya, sebelum ia rentung, masukkan santan.
4. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
5. Perlahankan api. Jangan tunggu sehingga pecah minyak. Terus masukkan cili padi, cili merah dan bawang besar.
6. Masukkan kentang yang telah direbus.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng.
8. Kacau kacau sikit. Dah. Tutup api.
9. Makan dengan sawi goreng.. fuhh!!



" S E L A M A T M E N C U B A "


Tak Payah Membazir ye Sayang...







Tak ada birthday party untuk sapa sapa pun ye sayang... mak dan ayah rasa tak payah la kita buang duit untuk semua tu ye... bukan mak dan ayah tak sayang pada kakak, tapi mak tak nak kakak taksub sangat nak sambut harijadi dan nak buat party segala, mak lagi suka kalau kita buat majlis doa selamat, nanti kita buat kat rumah opah okay, kat slim river.. pasal hadiah tu pun.. nanti mak belikan apa yang kakak nak.. asalkan tahun depan kakak rajin pergi sekolah, jangan malas-malas, tak ada alasan tak nak pergi ye.. sebab mak dulu pun tak pernah ponteng sekolah melainkan demam itupun atok siap tulis surat untuk cikgu nak bagitau mak tak dapat pergi sekolah.. ape yang penting kakak kena belajar pandai-pandai, dengar cakap cikgu.. dengar cakap mak dan ayah.. itu lagi penting bagi mak..




Walau apa pun, mak tetap belikan kek untuk kakak walaupun kecik, tapi mak tengok kakak gembira sangat.. tak payah ikut orang lain ye kakak.. mak tau kakak dah banyak tengok kawan-kawan kakak sambut harijadi kan? kat sekolah.. kat rumah ibu.. tapi kakak kena tahu bahawa sambut hari jadi tu adalah membazir, cukuplah mak dan ayah sahaja yang mengucapkan 'selamat hari jadi' pada kakak.. opah dan atok juga serta nenek.. tak lupa juga mak ngah, pak lang, pokde, mak ya, mak su, mak teh, pak tam, pak ngah, pak long pakcik isam, pak su dan semua semua..





Selamat Hari jadi, kakak! Mak n ayah sayaanggggg sangat pada kakak! Luv U...


...muah muah....


Semoga anak mak jadi anak yang baik dan solehah.. aminn..





Sedap ke kek tu? Kalau mak buat kek lagi sedap la kakak.. betul tak?



Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

~ search this blog ~