Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Analisis Kakak Hilang


Pada malam hari kakak hilang tu, aku susah nak tidur. Aku hanya memerap dan mengasingkan diri dalam bilik. Menangis. Trauma. Bercampur baur perasaan masa tu. Sampai sakit sangat kepala. Berdenyut denyut. Dari dalam bilik aku terdengar ketawa kakak bermain dengan adik. Bersyukur kepada-Nya kerana memberi aku peluang lagi untuk mendengar gelak ketawa kakak bersama adik. Aku betul-betul tak tahu nak terangkan perasaan aku macam mana ketika tu. aku hanya fikirkan 'kalaulah aku tak jumpa anak aku siang tadi' atau 'kalaulah betul anak aku antara anak malang yang diculik dan diperkosa seperti yang pernah berlaku di negara kita sebelum ini' Aku tak berhenti berdoa kepada Allah SWT. Aku tak sanggup ia berlaku sekali lagi pada masa hadapan. Jauhkanlah kami dari segala bencana. Sekali sekala kakak masuk ke bilik menjengukku. "Mak tidur ke" Ya.. Allah.. luruh jantung aku mendengar sapaan kakak. Sungguh tak ternilainya anugerah Allah ini. Anugerah yang selama ini aku hanya anggap sebagai 'biasa' sama seperti orang lain yang mempunyai anak juga. Baru sekarang aku bertambah sedar dan semakin insaf. Anak anugerah tuhan ini memang tak ada tandingan. Biar kita hilang jutaan ringgit, tapi kalau kehilangan anak, aku pasti tak akan mampu meneruskan hidup lagi.

Aku memanggil kakak datang ke pangkuan. Kakak melompat ke arahku. Memang manja. Adik pun terikut perangainya. "Mak" kakak memandangku. "Kenapa mak nangis ni" Aku mengusap kepalanya. Berpeluh-peluh. Kakak memang tak pernah berpisah dengan peluh. Aku cium kepalanya. "Adik mana?" "Aaa.. adik dalam bilik opah ngan atok.. main" "Ooo..yeke" Tiba-tiba kepala aku yang berat tadi terasa ringan semula. Keceriaan kakak memang buat orang tak kering gusi.


Aku mula berbual dengan kakak.


Kakak.. mak nak tanye kakak ni.

Tanye ape.

Siang tadi masa kakak hilang tu. Macam mana kakak terjumpa dengan akak yang pakai tudung tu? Kakak cakap ape. Akak tu pulak cakap ape.

Kakak cari mak. Tapi tak jumpa. Kakak tanya akak tu "akak.. mak saya hilang la" pastu akak tu kata "ape dik? mak hilang?"

Sian anak mak. Kakak tau tak mak cari kakak sana sini tau. Kakak yang pandai-pandai keluar dari kedai tu la. Bukan mak tinggalkan anak mak tau. Lain kali kalau tak nampak mak ngan ayah, kakak panggil la kuat-kuat, kan mak dah pesan dulu.

Kakak nangis kuat-kuat. Pastu akak tu tanya kakak "Nama mak sape?" pastu kakak cakap "Nama mak rina aswatttt...huwaaa..!!"

Lor yeke.. Lagi akak tu tanya apa?

Akak tu tanya "Mak pakai baju warna ape?" kakak cakap "pinkkk... huwaaa...!!"

Pandai kakak ingat warna baju mak. Lagi? Lepas tu? Akak tu tanya ape lagi?

"Mak pakai seluar warna ape?" kakak cakap "warna hitammm.. huwaaa..!!" Masa tu ada abang tu nak bagi kakak gula-gula. Kakak tak nak. Abang tu pakwe akak tu kot. Pastu akak tu marah abang tu "jangan kacau dia.. jangan kacau dia"


Rupa-rupanya masa aku nak bagitau pada suami yang harga kain kat situ mahal tu, masa tu lah kakak keluar sendirian dari kedai tu, bila dia sedar kelibat mak ngan ayahnya tak ada. Padahal kami ada disebalik gantungan kain. Memang ralat rasanya. Tak terfikir aku yang kakak tak akan nampak aku kalau aku berdiri di celah kain dan gaju yang tergantung sama tinggi dengan aku tu. Aku mula terbayangkan keadaaan kakak yang mencari-cari kami dengan muka kerisauan. Betapa nekadnya dia mencari kami sampai ke kedai paling hujung tu. Dengan orang ramainya masa tu. Syukurlah Allah temukan kakak dengan manusia yang berhati mulia. Yang sanggup keluar dari tempatnya bekerja dan memimpin tangan anak aku untuk mencari kami.

Cara Memasak Sambal Sotong


BAHAN-BAHANNYA :
1. Sotong (Bukan sotong besar tu. Tapi sotong yang kecil ye) - anggaran 20 ekor
2. Cili kering - 20-25 biji (bergantung pada ketahanan mental dan fizikal anda) (dikisar)
3. Bawang besar - 1-2 biji (dikisar)
4. Ketumbar - sikit (dikisar)
5. Cili merah untuk hiasan - 1 biji (potong ikut suka, bergantung pada jenis bunga kegemaran)
6. Bawang besar untuk hiasan - 1 biji (pilih yang bulat sebab nak potong bulat macam gelang tu)
7. Sos Cili - 1 sudu
8. Garam dan perasa.

CARA MEMASAKNYA :
1. Potong sotong seperti bentuk cincin. Sebelum tu kene buang baju dia dulu.
2. Goreng sotong dengan api yang sederhana. Jangan lama sangat. Pastu ketepikan.
3. Selepas angkat sotong, jangan bazir minyak, gunakan minyak yang sama terus je masukkan bahan yang dikisar tu iaitu cili kering, bawang besar dan ketumbar.
4. Masukkan sos cili.
5. Tunggu sampai pecah minyak, pastu masukkan hiasan.
6. Akhir sekali, masukkan sotong. Sotong pun tak sabar nak masuk. Tunggu dalam 2-3 minit pastu baru angkat.
7. Senang je kan? Ni makan dengan sawi goreng pun sedap gak ni. Yummyyyy!!!

S E L A M A T M E N C U B A

Cara Memasak Ayam Halia Bersantan



BAHAN-BAHANNYA :
1. Ayam - setengah ekor
2. Kentang - 4 biji (di potong dua atau empat, tengok saiz)
3. Bawang besar - 3 biji (pilih yang bulat sebab nak potong bulat macam gelang tu)
4. Bawang putih - 2 ulas (hiris nipis)
5. Halia - seketul besar (dihiris halus.. lagi banyak lagi bagus, lagipun pakai nama dia kan..)
6. Ketumbar - sikit (tumbuk halus)
7. Cili padi - 10 biji di belah dua (jumlah cili bergantung pada ketahanan diri)
8. Cili merah - 2 biji (dihiris halus, atau sukati nak buat bentuk ape sbb untuk hiasan sahaja)
9. Santan kelapa - 1 kotak (tak kisah la brand ape, semua pun dari pokok kelapa jugak)
10. Garam dan perasa.
CARA MEMASAKNYA :
1. Goreng ayam dengan api yang sederhana.. supaya isinya lembut. Nak goreng ayam memang memerlukan kesabaran yang tinggi.. dan kalau boleh senyum lah semasa menunggu ayam tu masak. Lepas tu ketepikan dulu.
2. Sambil menggoreng ayam, rebus kentang sampai empuk. Kemudian angkat. Ketepikan.
3. Gunakan minyak yang kita goreng ayam tadi, masukkan halia, bawang putih dan ketumbar. Jangan terpesona dengan baunya, sebelum ia rentung, masukkan santan.
4. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
5. Perlahankan api. Jangan tunggu sehingga pecah minyak. Terus masukkan cili padi, cili merah dan bawang besar.
6. Masukkan kentang yang telah direbus.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng.
8. Kacau kacau sikit. Dah. Tutup api.
9. Makan dengan sawi goreng.. fuhh!!



" S E L A M A T M E N C U B A "


Tak Payah Membazir ye Sayang...







Tak ada birthday party untuk sapa sapa pun ye sayang... mak dan ayah rasa tak payah la kita buang duit untuk semua tu ye... bukan mak dan ayah tak sayang pada kakak, tapi mak tak nak kakak taksub sangat nak sambut harijadi dan nak buat party segala, mak lagi suka kalau kita buat majlis doa selamat, nanti kita buat kat rumah opah okay, kat slim river.. pasal hadiah tu pun.. nanti mak belikan apa yang kakak nak.. asalkan tahun depan kakak rajin pergi sekolah, jangan malas-malas, tak ada alasan tak nak pergi ye.. sebab mak dulu pun tak pernah ponteng sekolah melainkan demam itupun atok siap tulis surat untuk cikgu nak bagitau mak tak dapat pergi sekolah.. ape yang penting kakak kena belajar pandai-pandai, dengar cakap cikgu.. dengar cakap mak dan ayah.. itu lagi penting bagi mak..




Walau apa pun, mak tetap belikan kek untuk kakak walaupun kecik, tapi mak tengok kakak gembira sangat.. tak payah ikut orang lain ye kakak.. mak tau kakak dah banyak tengok kawan-kawan kakak sambut harijadi kan? kat sekolah.. kat rumah ibu.. tapi kakak kena tahu bahawa sambut hari jadi tu adalah membazir, cukuplah mak dan ayah sahaja yang mengucapkan 'selamat hari jadi' pada kakak.. opah dan atok juga serta nenek.. tak lupa juga mak ngah, pak lang, pokde, mak ya, mak su, mak teh, pak tam, pak ngah, pak long pakcik isam, pak su dan semua semua..





Selamat Hari jadi, kakak! Mak n ayah sayaanggggg sangat pada kakak! Luv U...


...muah muah....


Semoga anak mak jadi anak yang baik dan solehah.. aminn..





Sedap ke kek tu? Kalau mak buat kek lagi sedap la kakak.. betul tak?



Cara Menangani Bayi yang Cirit Birit

Masih terngiang pasal semalam.. seorang bayi comel yang dijaga beramai-ramai oleh pelajar kolej.. dimandikan, disusukan, dibelai.. semua yang sepatutnya dilakukan oleh insan bernama ibu tetapi untuk bayi berusia baru mencecah 4 bulan ini semuanya dilakukan oleh rakan serumah yang duduk menyewa sambil belajar di pinggir kota.. isk betul-betul syahdu tak ayat pengenalan aku ni.. cerita sebenar mengenai bayi malang yang teramat comel ini biarlah aku simpan sebagai rahsia demi menjaga maruah orang yang tak kenal pun apa itu 'maruah'... okay tak apa.. biarkan dia..

Apa yang aku nak kongsi bersama di sini adalah mengenai bagaimana menangani seseorang bayi yang CIRIT BIRIT ( atau dalam bahasa saintifiknya "Diarrhoea" <--- pandai2 lah korang nak sebut camane )


Pertama, kita mesti tahu bahawa Diarrhoea atau Cirit Birit adalah satu keadaan dimana saluran najis menjadi longgar dan najis berair. Najis akan keluar lebih kerap daripada biasa. Cirit-birit biasa berlaku pada kanak-kanak. Ia biasanya akan sembuh dengan sendirinya tanpa menyebabkan komplikasi-komplikasi lain.

Kedua, kita juga mesti tahu bahawa Cirit Birit biasanya disebabkan oleh jangkitan pada usus yang disebabkan oleh makanan atau air yang tercemar. Contohnya, botol susu yang digunakan mestilah dibasuh dengan menggunakan sabun, basuh sehingga bersih yang maksima, sebelum ia disterilkan. Tau ke steril tu mende? Aku pun tak tau... wargh wargh... ok ok serious la weii... setahu aku steril tu ialah botol susu yang dah dicuci tu kene rebus dengan air panas dalam periuk (gamaknye la)

Ketiga, kita juga mesti tahu apakah tanda-tanda dan simptom Cirit Birit iaitu :

~ Perut rasa memulas lebih kerap
~ Cirit-birit
~ Mual dan muntah-muntah
~ Demam
~ Hilang selera makan
~ Sakit perut/kejang
~ Kembung perut

Tapi, kesian sebab bayi mana boleh bagitau kita apa yang mereka rasa.. sakit ke.. tak sakit ke.. perit ke.. mereka hanya tahu menangis minta simpati.. huhu :(

Keempat, seperti yang kita ketahui, amat penting untuk menggantikan air dalam badan yang hilang. Selain banyakkan minum air masak, rajin-rajinlah memberi anak anda Air Ribena atau Air 100Plus. Jangan bagi sekali banyak, tapi bagi sikit-sikit je dengan kadar kerap. Sebab masa cirit-birit tu, banyak garam dalm badan yang hilang, so air-air yg disebut tadi boleh menggantikan garam yang hilang. Teruskan memberi bayi makan makanan biasa dan minum air garam rehidrasi ORS (Oral rehydration salt) jugak. JANGAN SEKALI-KALI BERI ANAK ANDA MINUMAN BERSUSU kerana susu tak akan digest dalam perut. Lepas minum anak kita pasti akan muntahkan balik, kesiannye.. takut dia tak tahan dengan kerengsaan tekak nanti... iskkk...

Kelima, perlu juga diambil tahu bahawa jika umur bayi 6 bulan ke bawah, Jumlah cecair ORS (garam rehidrasi) yang perlu diberikan adalah sebanyak 90mls setiap jam. Manakala untuk bayi berumur 6 bulan hingga 1 tahun, adalah sebanyak 90 hingga 120mls setiap jam. Untuk yang berumur 1 tahun ke atas, adalah 120 hingga 240mls setiap jam.

Keenam, apabila keadaan anak bertambah baik teruskan dengan memberi ORS solution dan
susu badan. Dengan perlahan tambahkan jumlahnya untuk mengembalikan selera anak tersebut. Makanan biasa boleh dimulakan selepas 24 hingga 48 jam jika anak itu mula pulih.

Ketujuh, keadaan najis akan kembali normal selepas 7 hari menjalani diarrhoea.

Kelapan, elakkan daripada menukar susu formula sesuka hati.

Kesembilan, dapatkan nasihat doktor jika anda dapati susu formula yang anda berikan tidak sesuai untuk bayi anda.

Kesepuluh, perubatan untuk menghentikan Cirit Birit ni orang kata haruslah dielakkan kerana :
• Tidak selamat untuk bayi dan anak
• Daya tahan melawan jangkitan akan terganggu

Kesebelas, selalunya antibiotik adalah tidak perlu – dapatkan nasihat doktor, ini aku kurang pasti kenapa. Tapi hari tu aku jumpa doktor pakar, dia bagi anak aku makan Pro-Biotik (makan sebanyak dua kali sehari selama 5 hari)

Keduabelas, menyapu krim yang mengandungi zink oksida or jeli petroleum, boleh juga disapu minyak yuyi cap limau, tapi jangan berlebihan la.. semua ni boleh membantu melegakan kesakitan bahagian perut punggung bayi yang sakit tu. Pastu kena cek lampin basah ke tak.. kadang derang terkincit (terbuang air besar tak secara tak sengaja ketika batuk, bersin dll)

Ketigabelas, beritahu pada bayi tu yang kita sayang sangat dan ambil berat sangat pada dia, supaya bayi tu dapat membalas dengan ketawa dan senyuman..

Alhamdulillah.. ni pun aku ambil info dari pengalaman aku sendiri dan juga dari sumber yang boleh dipercayai.. semoga kita semua mendapat manfaat okayhhh...


Lirik Lagu Tahajjud Cinta - Siti Nurhaliza

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga
ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud


Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

~ search this blog ~