Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Cara Memasak Ayam Halia Bersantan



BAHAN-BAHANNYA :
1. Ayam - setengah ekor
2. Kentang - 4 biji (di potong dua atau empat, tengok saiz)
3. Bawang besar - 3 biji (pilih yang bulat sebab nak potong bulat macam gelang tu)
4. Bawang putih - 2 ulas (hiris nipis)
5. Halia - seketul besar (dihiris halus.. lagi banyak lagi bagus, lagipun pakai nama dia kan..)
6. Ketumbar - sikit (tumbuk halus)
7. Cili padi - 10 biji di belah dua (jumlah cili bergantung pada ketahanan diri)
8. Cili merah - 2 biji (dihiris halus, atau sukati nak buat bentuk ape sbb untuk hiasan sahaja)
9. Santan kelapa - 1 kotak (tak kisah la brand ape, semua pun dari pokok kelapa jugak)
10. Garam dan perasa.
CARA MEMASAKNYA :
1. Goreng ayam dengan api yang sederhana.. supaya isinya lembut. Nak goreng ayam memang memerlukan kesabaran yang tinggi.. dan kalau boleh senyum lah semasa menunggu ayam tu masak. Lepas tu ketepikan dulu.
2. Sambil menggoreng ayam, rebus kentang sampai empuk. Kemudian angkat. Ketepikan.
3. Gunakan minyak yang kita goreng ayam tadi, masukkan halia, bawang putih dan ketumbar. Jangan terpesona dengan baunya, sebelum ia rentung, masukkan santan.
4. Masukkan garam dan perasa secukupnya.
5. Perlahankan api. Jangan tunggu sehingga pecah minyak. Terus masukkan cili padi, cili merah dan bawang besar.
6. Masukkan kentang yang telah direbus.
7. Masukkan ayam yang telah digoreng.
8. Kacau kacau sikit. Dah. Tutup api.
9. Makan dengan sawi goreng.. fuhh!!



" S E L A M A T M E N C U B A "


3 comments:

Anonymous said...

hie... santan tu packet kecik ye? or besar??

sailormooncedera said...

kotak kecik tu jer.. tak nak banyak sangat.. ehe

elyaidris said...

iya mmg nk try msk ni tp kalo ko msk lg sedap kot..t lik kg ko msk la yer...hehehe

Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Kids Birthday tickers

~ search this blog ~